KOMUNITI KITA
Cipta lagu untuk kenang jasa guru

AKSI enam pelajar semasa menyampaikan lagu 'Oh Guru' pada majlis sambutan Hari Guru di SMK Seri Mulia, Cheras baru-baru ini.
TUNJUK BAKAT. Seramai enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mulia, Cheras, Kuala Lumpur mencipta lagu yang ditujukan khusus untuk guru-guru sekolah tersebut.
Mereka menyampaikan lagu berjudul 'Oh Guru' itu pada majlis sambutan Hari Guru di sekolah tersebut baru-baru ini.
Pelajar berbakat itu terdiri daripada Syamil (vokalis), Emir (pemain gitar kedua), Suhaimi (pemain gitar utama), Riduan (pemain gitar bass), Hafiz (pemain drum) dan Nazrin (keyboard).