BLOGGIE

My photo
CHERAS, KUALA LUMPUR, Malaysia
Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving

31 December 2012

2013 :)

Hi guys :) dalam beberapa jam lagi kita akan ke tahun baru iaitu 2013 tau? kalau nak diikutkan banyak jugak kot kenangan aku masa 2012 ni..ada yang ckp 2012 ni tahun kiamat lah itulah inilah tapi tengok! itu semua hanya kata kata kosong..hari kiamat tu hanya Allah saja yang tahu kan..

So kalau nak diceritakan apa yang jadi dekat aku masa 2012 ni memang banyak sangat..ada dugaan, cabaran, dan kebahagiaan..yang pasti kebahagiaan aku tu baru saja lenyap sebab sorang perempuan ni :( sedihnya rasa bila crush kita dah takda kan..biasalah, ada problem sikit dengan dia..so aku decide aku nak move on jelah..yelah kan, daripada rasa sakit hati, sedih semua baik aku blah je daripada hidup dia..lagipun dia bukan kisah pun aku ada ke tak..tapi tulah, bukan senang kan nak move on? susah weh..setakat ni dah dua hari dah aku tak contact dia :( terasa sunyi sangat..biasa setiap pagi mesti ada morning wish dari dia..ini dah takda dah..bbm pun dah delete aku haihh apelah nasib..but aku tau dia sayang kan aku..kalau tak kenapa dia cari aku balik kan..siap call tapi aku tak angkat, whatsapp cerita sedih tapi aku tak reply, tweet benda benda sedih tapi aku ignore and mcm mcm lagi laa effort dia utk dapatkan aku balik..kekadang rasa kesian pulak, tapi persoalannya patut ke aku berpatah balik dekat dia? patut ke tak patut ke tak? ahhhhh! kalau aku patah balik, means aku loser gila lah doh jilat ludah balik tapi seriously aku sayang kan dia :( so how eh? kan bagus kalau dalam kepala otak kita ada button delete memory utk lupakan org yang kita sayang and orang yang kita minat kan kan kan?

Okay Hafiz! stop it cerita pasal perempuan..aku pun dah penat asyik nak jaga hati org je..hati aku ni takda siapa pun yang nak jaga..tapi kenapa lah dia tak bagi aku space eh utk move on? asyik asyik ada je missed call, ada je whatsapp and aku ni sakai jugak kekadang asyik nak stalk twitter dia je haishhh nak buat mcm mana kan..aku dah sayang, aku sayang betul :( aku sekarang tgh dilemma nak move on atau nak teruskan balik dgn dia..ahhh! kkkkkk..dah! cerita pasal lain ah!

Alright, so nak cerita pasal apa eh? oh yee, aku sakit otak jugaklah dengan subject subject sem 3 ni..bapak susah nak faham..dahla lecturer mcm takda bakat nak mengajar..jemm je kepala otak aku ni..takpelah, maybe baru lagi kot belajar kan..lepas cuti new year ni aku rasa aku busy kot dgn test, quiz and assignment..haishh malasnyaaaaa...eh takboleh malas malas, aku nak kerja yang cun and nak kahwin hehehehe :)

Hmmmmmm rasanya cukup sampai disini, life aku biar aku yang tentukan tapi kadang kadang aku ni takda pendirian..so, nasihat kawan kawan amat diperlukan..thanks to my friends sebab sentiasa ada dengan aku disaat memerlukan..korang memang sweet weh :) happy new year eve and 2013 here we go! i'm ready :) Chiaws

23 October 2012

Tuesday

Waddupp? HAHAHA sekejap je dah seminggu aku dkt KL ni..ahhh ada lagi baki 5 minggu je lagi kot aku dekat KL sebelum meneruskan perjuangan ke semester 3..malas weh malas! serious shit malas! aku taksabar nak kerja, cari duit, beli kereta, beli rumah sendiri..aku tahu sekarang makin cpt masa berjalan tapi kalau boleh aku nak masa tu lagi lagi lagi cepat berjalan..aku dah penat dah hidup mcm ni..almost 15 years aku belajar, belajar dan terus belajar tapi apa yang aku belajar pun aku taktau dan tak ingat..yang aku ingat masa exam dan idea aku hanya ada di atas kertas masa final exam..apa motif belajar sebenarnya? hanya untuk jawab paper masa final exam je ke? ntahlah..aku risau jugak takut takdapat kerja nnti..yelah kan, ramai graduan Malaysia yang dah ada diploma and degree still takdapat kerja lagi.

Okay harini bosan laaa..rasa sunyi pun ada..aku perlukan kerja dan duit..aku perlu busykan diri ni supaya tak selalu ingat dkt dia..hmm perempuan suka lelaki yang tunjuk effort untuk rapat dgn dia kan? aku rasa mcm tulah kot..setakat ni aku dah tunjukkan effort aku dkt dia but relax lah dulu kan..takkan nak terus cakap yang kita suka dekat dia..pelan pelan kayuh orang kataaa~ hehehe..tapi hari hari aku rindu dia..rindu ni tak pernah aku rasa dekat perempuan sebelum sebelum ni..taktau mcm mana nak gambarkan rindu aku dkt dia tu..Tuhan jelah yang tauu..tapi kadang kadang dia layan aku mcm kasar sgt tapi aku tau dia bukan yang mcm tu kot..dia okay cuma permulaan ni dia agak garang and kasar sikit.maybe ujian untuk aku kot? hahaha..kalau aku dapat dia ni, serious tak cari lain dah doh..perempuan zaman sekarang bukan boleh percaya sgt tapi dengan dia ni aku boleh percaya even dia ni sosial and suka lepak dgn lelaki..alah perempuan mcm tu jenis friendly kan..relax lahh..benda boleh ubah kalau dah together..ex aku dulu pun jenis yang friendly dengan lelaki tapi aku tau dia sayang dekat aku..sometimes tu ada lah jugak aku jealous and alhamdullilah hari demi hari dia kurang kan friendly dia tu sebab dia takut kehilangan aku..tapi tu semua tak lama sebab jodoh kami tak panjang..ahh malas lah cerita pasal lepas..kita harus ke hadapan kan? yang aku nak sekarang ni, aku nak perempuan yang boleh bahagiakan aku and aku nak buat dia calon isteri..hehehe..oh ye! tadi kami ada ber-bbm hahaha terubat lah sikit rindu aku dekat dia muahahaha k k byeee~ :)

22 October 2012

Hey YOU! Yeah, It's YOU!

Hellooo, and finally aku dah habiskan semester 2 aku dgn jayanya..pelbagai soalan yang aku dah tempuhi sepanjang final exam..alhamdullilah, aku boleh lah jawab hasil daripada usaha aku..mengharap result 3pointer and above lah :) So, sekarang aku dh dekat rumah..nak dekat seminggu jugaklah aku dkt rumah ni haaa..mcm biasa, aku qada' tidur aku yang dah tertunggak tu smpai tak sempat nak update blog hahaha..aku tgh berusaha jugak mencari kerja through internet hehehe malas doh nak p carik dkt luar tu..nnti jawapan yang sama, 'tunggu saya call' and last last bukan call pun..lagipun apa guna teknologi dihujung jari kalau kita tak memanfaatkannya kaaan? aku actually nak kerja mcm event or fair yang kena kerja just seminggu mcmtu jee..malas doh nak kerja part-time..nnti mesti penat..lagipun aku bukan nak beli apa dah pun..aku kalau dpt kerja pun duit tu nak buat pegang pegang je atleast kalau nak hangout ada lah duit sendiri kan tapi ntahlah tgklah mcm mana..setakat ni aku baru apply satu event tu..taktau lah dpt ke tak..kalau takdapat aku akan teruskan usaha demi usaha! YEAHHH~ *semangat lebih pulak* :p

Hmm about YOU? errr shit doh..asal aku ni asyik nak tahu and stalker pasal dia ni haaa? kalau sehari tu tak stalk dia, rasa mcm ada something yang tak complete dlm hari aku..haihh hafiz c'mon hafiz..and yang paling teruk penyakit aku ni, everytime bunyi bbm alert dkt phone aku, aku mesti ingat dia bbm..last last broadcast msg or member member ajak lepak..persoalannya kenapa kenapa kenapa? kenapa dgn mindset aku yang asyik teringat kan dkt dia je ni? tapi dalam sehari tu, adalah kiteorang bbm tapi sekejap sekejap je sbb dia sekarang tgh final..dulu time aku final, dia tak kacau aku and sekarang dia dah nak final giliran aku pulak lah kan tak boleh kacau dia..okay okayy..kena banyakkan pengorbanan ni hahaha the fuck sial takkanlah aku dah mula rasa rindu dkt dia ni? aku kena busy kan diri ni utk tak rasa rindu or ada apa apa perasaan dkt dia..tapi takboleeeeeh! aku takboleh tipu diri aku sendiri ahhhh ntah ntah tah dia ingat dkt aku ke tak kan..tht's why lah ada perkataan 'crush' dalam hidup ni..oh my god! hafiz ada crushh! wuhuuuu~ eh no no shut up! hahaha alright tht's all..bye :)

12 October 2012

Why?

Hai guys hmmm why eh dunia ni selalu tak adil? sometimes tu aku rasa menyirap sangap dgn perangai manusia dlm dunia ni..aku takpernah susah kan orang, tapi kenapa orang suka susahkan aku? diorang tak rasa bersalah ke eh? aku kalau nak susahkan org ke apa mesti fikir bnyak kali..biarlah aku takda duit ke apa, asalkan aku tak susahkan orang..lagipun kalau aku berhutang, aku bayar tepat pada masanya tapi kenapa ada segolongan makhluk ni yang pinjam duit aku tak reti nak bayar balik? haihhh dia tak fikir ke aku pun ada financial problem jugak eh? takkan dia tak rasa bersalah kalau tak bayar hutang orang? aku kalau pinjam duit orang rasa mcm bersalah sgt oh walaupun aku dah janji dkt dia nak bayar as soon as possible..aku bukan nak berkira ke apa tapi kau ingat lah sikit time kau susah tu siapa yang tolong kau..yes aku tau kau pun ada masalah kewangan jugak, atleast fikir lah masalah kewangan orang lain jugak..aku pelik lah mana duit kau pergi..nak kata pinjam ptptn kau pinjam kan? nak kata tak dapat allowance makan, kau dapat kan? hmm payah nya org mcm ni..tolong lah sedar..takpelah, aku dah halalkan dah pun hutang kau tu..tak kisahlah kau nak bayar ke tak lepas ni..lepas ni jgn harap aku nak bagi pinjam duit dkt siapa siapa especially kau ok?

Ada lagi satu makhluk dkt dunia ni yang perangai dia mcm perempuan walaupun dia tu lelaki and dah ada girlfriend..honestly aku ckp aku menyirap dgn perangai dia buat kali yang kedua..dulu aku pernah gaduh dgn dia tak bercakap lama jugaklah sebab perangai childish dia tu..c'mon lah weh, kau tu lelaki..ckp sikit merajuk, ckp sikit touching..habis selama ni apa yang kau ckp dkt aku tu aku relax je tak touching dgn kau..bukan lah nak ckp aku ni dah matang ke apa..tapi fikirlah sikit kau buat org boleh, org buat kau takboleh..kalau org sebut pasal awek kau sikit kau dah touching marah marah tapi kalau kau ckp pasal awek org lain kau tak fikir pulak perasaan orang? pasal awek, member kau marah marah haihh ape benda doh kau ni? aku harap kau tak kena pulau lah dgn memember kau okay sebab perangai kau yang childish tu..maybe diorang masih tahan lagi and aku pun alhamdullilah terpaksa tahan dgn perangai kau..malas lah nak gaduh gaduh tak bertegur semua ni..dulu pun aku yang buang ego aku untuk tegur kau balik kan..sebab apa? sebab aku taknak jadi childish mcm kau yang penuh dgn ego! 

So, untuk harini ada dua makluk yang aku mula menyirap dgn perangai diorang..itulah org ckp, makin ramai kawan, makin banyak kerenah kan..nasib baik member member setempat aku tak mcm perangai diorang..kalau tak rabak beb ada kawan mcm tu..hmm okay chow~

11 October 2012

Thursday :)

Hello :) ehh sekejap je kan dah khamis hehehe taksabarnyaa gua nak balik rumahh lepak dgn memember smpai subuh..cptlah habis final weh..dah tak sanggup dah aku terperuk dkt hutan ni..well, bukan nak bangga ke apa lah okay tapi nak bangga jugaklah aku boleh stay dkt Jengka tempat jin bertendang ni dengan keadaan air kejap ada kejap takda almost one month! wowww cool enn? yeah i knw lah tht's cool but my heart now is hot you knw..haihhh boleh pulak surat amaran uitm smpai dkt rumah hari ni..habis mak aku bebel sebab kena amaran semua..lanjiau kan uitm ni..hmm actually haritu aku kena tatatertib sebab takdatang ceramah amende tahh..lepas tu kena naik court, kena tunggu lama nak bicara, nak kena saman bla bla bla and the end is kes digugurkan..rasa mcm panas hati tak tunggu nak bicara daripada pukul 8pagi smpai pukul 5petang dkt court tu? last last kes digugurkan jugak..baik kau cakap awal awal je yang kes aku tu digugurkan..boleh balik awal..dahlah time tu mengantuk tahap babi haishh..seharian aku habiskan hari aku dkt court tu..dahlah kena tunggu lama time bicara haritu tup tup surat amaran pulak smpai rumah..the fuck man! kes dah tutup yang kau nak post surat smpai ke rumah aku ni pehal laaa cibs..geram aku..nak je aku bakar uitm ni..management mcm lahanat!

Okay dah malas nak cerita pasal uitm ni..lagi beberapa hari je lagi aku nak habis kan sem 2 ni..nampak nya ada lagi baki 4 sem lagi..oh my god! lamanyaaaaaaaa..kadang kadang aku terfikir mcm nak buat fast track je tapi mcm risau pulak ambil risiko ni..kalau fast track, sem 3 aku last and then masuk degree..itupun kalau pointer memberangsangkan lah hihihi insyaallah :) doakan aku dapat buat fast track and harap haraplah tak sambung degree dkt Jengka jugak doh..kalau sambung degree dkt Jengka jugak memang fucker lah kaaaan..hahahaha..

Hmm, okay actually ada satu benda lagi yang aku nak luahkan hmm hmm tapi kitewww maluwwww :p hahaha takdelah, actually aku rasa rindu pulak dkt budak tuu..alaaaah budakkk tuuuu..maybe dia tak rindu aku pun kan cuma aku je yang lebih lebih hmmm no wonder lah..dia pun mana pandang lelaki mcm aku..dia cantik, hot, meletupps pulak tu..aku ni apa jelah yang ada..tapi takpa..dulu masa spiderman nak mengorat mary jane pun amik masa jugak kan..spiderman tu kira mcm aku ahh nerd nerd sikit hahahahahaha k aku mengarut..chow ahh! byeeeeee :D

p/s : you are the sun in my day, the wind in my sky, the waves in my ocean and the beat in my heart...I Miss You...

10 October 2012

Hello guys :)

Hey! long time no post yeah? Rindu cgt cgt iteww nak story pepanjang hahaha..dahlama tak post story tiba tiba guna ayat rempit ni pehal haaa aku ni? ehh tak tak! itu saje je aku nak gurau gurau sikit..ohh ye tak ye kan blog ni dah berwajah baru laaaa wowww wooowww..teruja saya :D

So korang mcm mana? aku tgk pun mcm dah ramai je yang dah tak active dgn blogging ni haha c'mon ahhh dulu time musim blogging hari hari post story baru, sekarang ape cerita? hmmm maybe because of technology advance lah kot blogging ni semakin dilupakan..ahh rindu masa zaman dulu dulu..rindu masa zaman main guli, main 'crush gear', main 'beyblade', main gasing haihh mcm mcm laaaaahh..zaman cepat berubah kan? begitu jugak lah aku kot..aku maybe dah berubah dari segi kejantanan hahaha takdelahh takdelahh :p

Hahh! guess what sekarang aku tgh suka dekat siapa? hahahah ado ahhh, sibuk jee nak tau :p hehehe takdelah aku suka dgn cara perempuan tu layan aku even kiteorang ni cuma kawan and baru kenal..hahaha..harap dia tak jumpa blog aku doh..kalau tak kantoi busuk aku bermadah dkt sini..nnti kena bahan takpasal pasal and aku rasa maybe dah takramai kot yang baca blog blog orang ni especially blog aku..so, boleh lah aku kutuk kutuk sikit korang dkt sini hahaha almaklumlah dkt twitter semua dah follow aku dari jiran tetangga, kawan kawan hinggalah ke sanak saudara hehehe padahal berapa kerat jelah followers aku tuu hihihihi ah tapi aku peduli apa, yang penting blog lagi selamat and privacy nak bercerita and nak luahkan perasaan kaaaaaan?

Err pasal uitm haaaah ni nak cerita ni, nampaknya lagi seminggu je gua nak habis final exam and lagi satu paper jee tinggal..lepas tu gua bebas bebas beba beb be....~ eh ada dengun? :p hmmm apa lagi eh aku nak cerita err errr okay pasal kawan hmm okay lah kot..masih takda yang berubah, mana yang ikut perangai lama tu, smpai sekarang tak berubah berubah lagi and mana yang okay tu, okay lah kot..

Okay, rasanya mcm nak layan movie kejap lahh..takkan nak tidur awal kot kaaaan? Tak remajaaa ahh beb :p oh yaa by the way ni kali pertama lah aku post blog guna lappy baru hahahaha sedap weh keyboard dia..ketat lagi tawwww :DDD alright bye :)


16 June 2012

Download lagu :)

Silamat tengah pagi guys :) aku bosan lahh..now sementara nak tunggu lagu nih habis download aku nak update sikit lah pasal life aku yang kini berada jauh di perantauan haha..hmm hmm nak start dari mana eh? ohh yaa masuk hari nih, kira aku dah nak dekat 6 hari lah kot dekat jengka ni..perghh rasa lama gila dohh..kalau dekat KL tu seminggu mcm sehari je, dekat Jengka sehari rasa mcm seminggu ughh shit kan? Esok pulak gua ada program Kemahiran Insaniah..haishh faktap sial..gua nak balik kampung halaman pun susah..dahlah tgh homesick gila gila nih beb..gua rindu nak tidur katil gua yang empuk tu hehe..

Hmm about uitm ni, takda apa pun yang berubahnya cuma err pasal kawan mcm ada yang dah berubah lah kot perangainya..aku pun taktahu dkt mana silap smpai kadang kadang apa yang aku cakap semuanya salah..pelik jugak aku..kononnya dialah yang betul, dia lah yang tahu segala galanya..haha whatever lah..anak orang kaya kan..lain caranya..thts why lah aku lebih suka lepak dgn kwn setempat aku at least diorang ni tak acah acah tahu semua benda..mcm mcm orang, mcm mcm ragam..aku banyak mengalah je sebab sekali aku cakap, yang tembak gua sampai dua tiga orang beb..mana boleh tahan kan..chill dahla kot aku rasa..takperlu la semua benda mcm kau sorang je yang tahu and pernah buat..aku malas nak menunjuk dan disebabkan sifat itulah aku ditertawakan oleh mereka..bunyi mcm kelakar kan? tapi takpa, aku malas nak ambil port sgt pasal benda tu and target aku skg nak keluar daripada jengka ni dengan segulung sijil diploma hehehe :)

Wehh aku nak wakil uitm doh main bola padang :( please lah tunaikan permintaan aku ni wahai uitm..kepada senior senior tu, tolong lah tgk bakat daripada ambil member yang kau kenal je..hmmm susah dohh kalau takda 'orang dalam' ni..aku kalau boleh nak jugak main untuk KARISMA nnti..ramai yang cakap aku hanya berangan jee..yes memang aku tau dekat uitm ni lagi ramai yang gempak and bagus main bola, tapi tak salah kan kalau mencuba nasib?

Alright lah, disebabkan esok kena bangun awal, aku nak chow dulu laaaa yee..alamakkk, lagu tak habis download lagi..haishh, bersabarlah dpt broadband lembab nak mampuih haha..okayy chow chin chow kit road hehehe :D

12 June 2012

Sembang kosong kosongg kooosonggg :)

Hai :) hmm tahu tak apa yang sedang bermain di fikiran aku sekarang? ahhh bosannya masuk semester 2 ni..dah lah roomates tak best..ughhh..semalam aku dah start class marketing dah..haihh betapa kereknya lecturer gua tuu hanya Tuhan jelah yang tahu..aku plak boleh datang lambat time class dia, tuh yang kena maki tu..hehe..tapi takpalah, kena maki sikit jee..tak sporting langsung lecturer gua tuu..nasib baik hang perempuan..yang paling tak boleh blah, bapak berlagaknya sial nak kena panggil 'DR' bagai..aaduhh tak sedar kau tuh dah tua..panggil madam dah lah..mcm lah lecturer lain takda pangkat mcm kau..kecoh gilaaaaaa..

Hahhh gua nak balik KL doh sabtu ni..tolonglah jgn ada apa apa program yang dijalankan nnti..aku dah tak tahan dah ni duduk jengka yang serba serbi kekurangan..faktap betul..haihhh..sekarang ni gua asyik menghabiskan masa dekat bilik je..adelah kadang kadang tu lepak bilik member..tapi malas doh nak menapak ke bilik member tuu..hmmm leceh tahu leceh? bestkan tgk Malaysia vs Singapore live ? aku teringin sgt nak tgk game tuu..aku dah try livestream dah..tapi lembab nyaa Ya Allah..haha tapi takpaa..twitter tu pun dah cukup untuk update segalanya pasal bola..

Aku rasa dkt blog ni lebih privacy lah kot nak luah kan apa apa..kalau dkt twitter or facebook mesti ramai yang baca kan..blog ni, siapa je yang nak baca..hehe..takdelah, aku rasa mcm rindu pulak dekat seseorang tu dohh..agaknya dia tgh buat apalah kan skg? haihh aku rasa mcm aku buat keputusan yang salah pulak dulu..hmm and aku ada kenal sorang perempuan ni..dia baik lah kot..cuma aku kurang suka lah dgn perangai dia yang asyik nak menang je..tak habis habis asyik aku je yang kena mengalah..huhh..tapi kadang kadang aku rindu jugak dekat dia..maybe dia tkperasan lah kot yang harini aku tak bbm dia..aku pernah tanya kalau aku tak bbm dia, dia akan ada rasa yang tak kena tak and then dia jwb takda..ohh tahu tak betapa sedih nya perasaan gua time tuhh..hmmm bila lah dia nak perasan yang aku dah mula rasa suka dekat dia eh?

Okay pasal member pulak, aku bukan nak terasa ke apa..cuma kalau setiap kali asyik aku je yang mengajak lepak, mengajak berfutsal, mengajak keluar makan semuanya aku je diorang tak rasa ke kalau aku dah takda suatu hari nnti apa akan jadi dekat diorang? aku jarang sgt member yang ajak lepak semua tuuu..aku smpai sanggup call diorang lagi semata mata nak ajak lepak..tapi....ntahlahh..kadang kadang aku rasa mcm tak dihargai pulak..but it's okay..selagi aku boleh tahan, aku tahan..hmmm

Alright setelah seharian harini aku takda class, esok bermula lah class gua..ahh pack nya class esok..rasa mcm malas je nak pergi..takpalah, kenal kenal lah kan dgn lecturer dulu..harap sgt tkdapat lecturer yang kerek dohh and please lah ubah jadual sem 2 gua ni..taklarat lah sial kalau hari jumaat class smpai petang..hmmm okay cukup smpai disini, kalau rajin gua update lagi..byee :)

10 June 2012

Jengka oh UiTM :(

Hello guys :) hari ni dah masuk hari kedua aku di UiTM jengka..ohh malasnya nak mula kan sesi semester kedua ni..rasa mcm tak percaya je cuti 2 bulan tu dah habis..esok aku dah start class dah dgn lecturer baru..hmm malas malas malas..itu jelah yang ada dkt kepala otak aku skg ni..haihh..aku benci betullah duduk dekat hutan ni..nak je aku buat fast track and sambung degree dkt Shah Alam..tapi.......haaaaaahh! mcm mcm yang ada dkt fikiran aku skg ni..

Tambah pulak aku dpt roomates sem 2 ni random..buto doh uitm ni..sem lepas gua dah plan dah nak sebilik dgn member gua, tapi skg ni pehal lah uitm nih sengal sgt management dia..ade ke patut 4 katil 4 locker tapi duduk sebilik 5 orang..kepala hotak dia kan..agak ahh sikit..org nak study kene selesa..kalau tak memang tak ahh nak study dgn bilik yg crowded mcm ni..bodoh! tak fikir langsung pasal hak hak student..hmmm~

Aku ada banyak benda nak cerita nihh..tapi nasib baik member aku ajak keluar makan..haihh potong steam betullah gua nak bercerita..takpa takpa..aku rasa aku tak banyak cerita sgt kot yang nak diceritakan..cuma hahh, roomates aku ni 3orang lelaki lembut and sorang straight..nasib baik aku normal..huuu..kalau dorang 3orang nih 'sentuh' aku, taulah aku muay thai tiga tiga ekoq ni..okay bye geng muah muah~ :D

06 June 2012

Post pendek

Hmm hello guys :) lama tak dgr habaq hangpa ni..hehe kalinih aku cuma nak update sikit je kot..semakin hari, semakin malas pulak aku nak update blog..tapi takpelah, update sikit jelah kan pasal sebelum and selepas ni apa yang aku akan buat :)

Alright seperti yang korang tahu cuti semester aku sudah hampir sampai ke penghujungnya, so no more gig, no more jamming, no more lepak lepak, no more roadtrip and no more segala galanya..wuahaha :'( aku akan dicampakkan ke dunia hutan jengka balik..ohh uitm, nasib baik kau dihatiku lagi..tapelah, berkorban dulu lah kan..bersenang kemudian..hmm, mcm mcm aktiviti yang aku dah buat sepanjang cuti sem 2 bulan ni..fuhh lama kann? hehe duit aku pun dah habis dekat seribu lebih..haihh tak kerja punya pasal lah ni..

Hahh, pasal barang barang nak masuk uitm aku dah beli semua cuma tinggal nak packing baju jeh..hari sabtu ni aku dah bertolak dah..harap harap perjalanan selamat..oh ye tak ye kan, memember aku dah buat plan dah lepas ni nak jelajah kemana..Kota Kinabaluu come to papa bebeh :D haha itupun tak sure lagi lahh..banyak tempat yang kiteorang nak pergi nih..ada yang ckp nak ke Pulau Redang, ada yang ckp nak ke Bangkok and aku cakap aku nak p Australia..hahah semua gelakkan aku..ape ape? salah ke nak p bercuti kat Australia tu? alah kita kumpul lah duit bebanyak..hehehe..harapan lah kan..dgn currency Australia yang tinggi lagi tu, better pergi yang dekat dekat je dulu..by the way, video roadtrip sebelum ni iaitu roadtrip ke A'Famosa dalam pembikinan..hehe nntikan hasil air tangan gua :)

Okay lahh, aku rasa lepasni maybe aku dah jarang sgt sgt nak update blog..kalau ada masa dan kesempatan aku share cerita lagi okay? baiklah semua, selamat menyambung pelajaran, selamat kembali ke zaman ulat buku dan semoga selamat selamanya hehehe byebye :D

18 May 2012

Hello May :)

Hahaha sungguh mengejutkan kerana dalam bulan April aku hanya ada 3 post sahaja..adoyyy tak layak lahh aku jadi blogger mcm nih..asyik busy jee manjaaang kann..hmm nak buat mcm mana..semakin dewasa, semakin busy lah kita kaan? dulu time sekolah boleh ahh banyak masa free..hehe skg nih mmg lah banyak masa free, tapi aku dah habiskan masa tu dgn melepak, buang duit and bakar duit :) nice kan? :P

Okay sepanjang bulan April ada mcm mcm yang berlaku sebenarnya..cuma aku je malas nak update..and benda yang paling best aku lalui bulan April yang lepas, aku masuk battle of the bands :) menang? ughh tak menang..sikit je lagi nak menang..tapi okay what dapat num 4..itu bukan band official aku tu..kalau band official confirm boleh menang mcm masa zaman persekolahan dulu..haha..

Err apa lagi ehh yang berlaku bulan April? hmm hmmm, haa aku tgk wayang..mcm mcm movie dah aku tgk dgn memember..okay aku rasa tu jelah kot liputan sepanjang bulan April..aku tak ingat lahh..hehe..and akhirnya bulan May pun muncul..haaaa, seperti yang aku cerita di-post yang sebelum ni, kiteorang akan pergi bercuti ke Melaka..do you know Malacca? A Famosa? kalau tahu baguslah :) sep sikit..hehe..alhamdullilah, semuanya berjalan dgn lancar sekali..happening gila beb..tambah pulak dpt duduk Villa sendiri..perghhh, rasa mcm anak org kaya pulak..hahaha..bajet je kan..padahal tgh sengkek time tuu..huhu..vacation tu berlangsung selama dua hari jee..pergi hari sabtu then ahad dah balik dah..sekejap and amat tidak memuaskan..harap lepas nih pergi bercuti lama sikit kan :)

Banyak actually gambar yang kiteorang snap dkt Melaka tuu..sampai tak tertengok dahh..hahah gmbar aku lah kot paling banyak..yaa yaa yaaa whatever! :p video pun ada jugak..dlm proses pembikinan lagi..maybe lmbt sikit lah nak launch, ada masalah teknikal sikit..and aku ditugaskan untuk mereka video tersebut..ughhh, gua dah lah tgh kekeringan idea ni..tgklah nnti mcm mana..

Haaa, nampaknya hari bertukar hari, waktu bertukar waktu lagi beberapa hari je gua nak masuk Uitm balikk..perghh bapak awkward gila sial nnti first day doh..dah dua bulan cuti then tiba tiba belajar..hahah..tapelahh aku terima jelah ketentuan tu..ececehhh :p agaknya bila lah ex-classmates aku time sekolah dulu nak buat reunion kan? haihhh..takkan itupun aku kene turun padang jugak? aku bukan PM laaah~ hahaha..tapelah, kalau ada peluang kita reunion lah ok, kalau takde tu maybe lain kali jelah kot..aku faham semua busy :)

Duit semakin kering, nafsu makan semakin berleluasa..hahaha..takpa takpa, duit boleh cari..nnti dah masuk Jengka, mampus aku takdapat merasa McD ke apa kann..selagi peluang ada, kita guna jelahh! hehe..ohh okaylahh..sampai masa untuk aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membaca post kali ni :) bye semua~ :*

16 April 2012

Borak kosong :)

Haii :) hari nih aku bangun awal pulak doh..tatau laa asal kan..pukul 10.30am aku dah membukakan mata lepastu nak tidur balik sebab ada org kacau nak ber-bbm lah bagai..hewhewhew..and tgk smpai sekarang tak boleh tidur..tapi aku mengantukkk laaaah~ haih haihhh..takpelah..haraplah mlm nih aku boleh tidur awal..hari hari asyik tidur lepas subuh jee..hmm aku rasa aku pun dah terkena penyakit insomnia lah kot..hahh, sama lah macam korang..korang lah ni punya pasal..tahuu takk penyakit tu berjangkit!!! hahaha

Okayy okayy, sekarang ni aku dah buat keputusan taknak kerja selama 2 bulan cuti semester nih..aku nak lepak rumah buang masa jelah kot..harituh aku dah dpat dah kerja movie dekat area rumah aku ni..tapi setelah fikir masak masak, nnti kang nak cuti susah pulak kann..dah lah aku ada vacation bulan May nnti..duit pun ada lagi..cukuplah untuk menyara diri nih..hehe..so, cuti sem nih aku tatau nak buat apa..makan tidur makan tidur jelah kerja aku..hahaha..aku buat duit nih datang daripada langit dgn sendirinya pulak kan..memember aku suruh jugak aku kerja..tapi ughhhh..malas lahh..aku nak berehat sepuas puas nya..nnti dah naik uitm balik mampus aku takdapat rehat..forsure assignment belambakk..kann?

Hmmm hmmmmm cerita pasal perempuan..haha..dah menjadi lumrah kita bercinta dan saling mencintai kan..wah wahhh..aku bukan mat jiwang okayy..sajaaa jeee tadi..hehe..takdalah, aku bukan apa..aku kadang kadang takfaham dengan perangai perempuan nih ohh..time kita taknak, dia datang..time kita nak dia pergi..hahh faham maksud aku? dahlama sebenarnya aku nak ckp pasal benda nih..cuma tak tercakap je doh..'nak' maksud aku dktsitu bukan nak benda yang bukan bukan dkt dia..maksud aku nak mcm lebih rapat dgn dia and ke peringkat seterusnya lah kan..haha..takperlu lah aku ckp ke peringkat apa..tapi diorang nih takfaham dgn cara lelaki tu layan diorang mcm mana..diorang seolah olah buat lelaki nih mcm kawan biasa je..ehh c'mon laa..tolong lah tambah RAM sikit utk bagi cpt pickup pasal perasaan aku..hahahahaha..tapi bagi aku, semua tuh cabaran and aku suka sgt cabaran..yeahh, suka sgt cabaran..biasalah hidup kan..soal 'together' nih bukan boleh buat main..perasaan kotttt~ :D

Huhh, itu jelah kot yang aku nak perkatakan untuk harinih..and aku berharap suatu hari nnti aku akan dapat kau wahai insan yang bergelar 'perempuan' :) byeee

10 April 2012

Just a short post from me :)

Alright, hari nih aku nk update sikit jee pasal phone aku..yayyyy, akhirnya aku dah ada BB semula dah selepas beberapa hari takda BB disebabkan trackpad longgar..diorang tukar phone baru wehh..wahh, bau kedai kan? hahaha takda lah..phone murah je kan..bau kedai ke tak bau kedai sama jeee doh..hahh, harinih aku jamming dgn memember aku..not my official band..kiteorang jamming sesaja jee sebab nak isi masa lapang..then balik jamming pegi downtown jap beli screen protector BB aku and lastly lepak minum pagi jap dkt area permaisuri..adalah terjumpa sorang mamat nih..mamat poyo lah aku gelarkan dia ni..sebab apa? nak tahu? sebab dia nih acah acah badan tough lepastuh nak poyo lak kan cara cakap dgn gua..dahlah pakai steroid nak bajet gudgud lak kan..dulu memang yelah aku respect kau, tapi sekarang aku dah hilang respect dkt kau dah sebab perangai bodoh kau tuh..fikir kau nih member cousin aku je..kalau tak memang aku dah fuck gila gila dah kau nih..yang peliknya member kau semua okay je kan, tapi kau tu yang masalah sikit..mampus lagi baguslah doh..orang lain pun main gym jugak dgn cara yang betul tak ngelat guna steroid, okay and respect each other je..haihh..inilah manusia yang lupa daratan namanya..takfaham aku dgn perangai manusia yang mcm nih..tolonglah berubah sebelum kawan kawan kau sendiri pulaukan kau..pernah jadi tau benda benda mcm nih..bukan nak tipu lah kan..hahh, itu jelah yang aku rasa nak luahkan utk hari nihh..selamat pukul 4am :) tidur tidurrrr~

09 April 2012

Post pertama untuk 2012

HALOOOOOOO~ hahaha..ehh dahlama tak bersua adakah anda semua sihat sejahtera? okaylah first of all aku nak ucapkan selamat tahun 2012 walaupun sekarang dah bulan April dah kan..sorrylah sebab aku dah tak update blog dgn cerita cerita hangat ouhh..al maklum lah sekarang aku sedang melangkah ke alam yang lebih mencabar dari segi minda dan fizikal tidak ketinggalan juga mental..haha..kalau dulu zaman persekolahan mcm mcm benda yang aku update kan..setiap hari mesti ada je yang aku update..tapi now dengan berkat dan usaha gigih tanpa henti aku, finally aku berjaya melangkah ke menara gading :)

UiTM..itulah menara gading yang aku telah capai..alhamdullilah, parents aku happy aku dapat sambung belajar and aku nak mintak diorang hadiah..hahaha..hadiah tu adalah rahsia..dah dapat nnti baru aku cerita okay? hahh, sedar tak sedar aku dah berjaya menghabiskan semester pertama di uitm kampus jengka pahang..now aku dekat rumah and cuti sem 2 bulann~ wowww! bestkan? memanglah best tapi aku nak carik kerja sebab duit tengah kering nih..aku malas lah nak mintak duit dekat parents..aku nak berdikari and lagipun aku mcm malu pulak ouh nak mintak duit dkt diorang..hehehe..mcm dah kerja pulak aku kan? sebab tu aku nak kerja..kalau parents aku bagi duit pun, itupun aku mcm malu malu nak ambik tapi aku ambik jugak lahh sebab tengah kering duit kan..ececehh sejak bila aku pandai malu malu nih kan? hahaha..aku tahu setiap pagi sebelum mama aku pergi kerja dia mesti akan check wallet aku utk tengok ada duit ke tak..kalau takda duit tu nnti bangun tidur mesti ada duit dekat atas meja lappy..hee, baik kan mama? untung tau jadi menantu dia~ hahahaha

Seperti yang aku ceritakan tadi aku dah masuk UiTM nih bermulalahh perjalanan aku sebagai mahasiswa di sana and mcm mcm orang yang aku kenal dkt sana..ada yang perangai mcm ni, ada yang perangai mcm tu and ada yang kelakar ada pulak yang kerek senang cite mcm mcm lahh..hehehe..dkt tempat baru aku setakat ni kalau kau tak tahu pasal apa apa information terkini kau akan dianggap 'lame' or 'narrow-minded' . haa, pelikkan? tapi takpalah..aku saja je buad buad mcm tak up dkt sana sebab aku selesa dgn kehidupan aku sekarang and aku nak low profile jee..malas nak heboh heboh mcm kau sorang je yang tahu pasal benda tu..hahaha..tapi yang best nya dekat sana diorang nih baik, friendly and pandai pandai belaka.. ;)

Nak tahu apa saat yang ditunggu tunggu masa dekat UiTM Jengka tu? haaa, aku nak balik rumah and aku rindu nak lepak dgn member sekolah aku dohh..walaupun diorang tu sederhana, tapi diorang tetap terbaik :) sebab tu aku rindu masa sekolah aku dulu..rehat ramai ramai, buat kerja gila, and banyak lagilahh..hehehe..time semua reunion lepak sama je, mesti kongsikan kisah tempat belajar masing masing..tak sangka semua dah besar kan? semua dah ada pasangan and pandai pun korang hidup..nice kan? aku harap korang takkan lupa daratan and takkan lupa asal usul korang..sama sama jatuh, sama sama naik..hahaha..

Alrite, aku rasa cukup lah kot laporan utk masa nih..and aku mungkin akan active semula kot di arena blogging nih..kalau aku ada cerita best, aku post lagi okay? akhir kata, selamat tengah pagi and amalkan gaya hidup sihat..majulah blogger untuk negara~ ! :D